Hubungi Kami

Anda ada cadangan atau pertanyaan ?

Hantarkan email ke kl.baitussalam @ gmail.com.

Berminat untuk sertai kami ?

Baitussalam amat mengalu-alukan kesudian anda untuk bersama-sama membantu dan melancarkan gerak kerja dakwah di Baitussalam. Semoga usaha anda membantu Baitussalam menjadi ssham pahala untuk anda di akhirat kelak. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor berikut :

Soalan Lazim

Berapakah yuran untuk mengikuti kuliah di Baitussalam ?

Alhamdulillah, semua kuliah yang dianjurkan di Baitussalam ini adalah percuma. Namun begitu sumbangan pihak Tuan/Puan bagi membantu meringankan kos operasi amatlah dialu-alukan.

Adakah Baitussalam menyediakan tempat parking ?

Ya, Baitussalam menyediakan parking motorsikal dan kereta percuma untuk semua yang hadir ke kuliah di Baitussalam. 

Adakah Baitussalam menyediakan ruang untuk kanak-kanak?

Ya, Baitussalam menyediakan bilik khas bagi ibu bapa yang membawa anak-anak ke Baitussalam. Pun begitu, pihak Baitussalam amat menghargai jasa baik Tuan Puan untuk menjaga anak masing-masing.

Ada kedai makan berdekatan Baitussalam ?

Terdapat tiga buah kedai makan berhampiran dengan Baitussalam. Dua buah kedai beroperasi dari awal pagi sehingga petang dan sebuah kedai lagi beroperasi dari jam tiga petang sehingga jam satu pagi.

Bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada team Baitussalam?

Boleh saja. Kami amat mengalu-alukan penglibatan Tuan Puan untuk membantu bekerjasama dalam menggerakkan Baitussalam. Tiada apa-apa borang perlu diisi, hanya perlu hadir dan bantu gerak kerja sahaja.

Boleh saya tahu apakah kemudahan yang disediakan di Baitussalam ?

Untuk makluman Tuan Puan, Baitussalam menyediakan dewan kuliah, tempat parking, pantri, bekalan air sejuk dan panas, kopi 3 dalam satu, bilik untuk kanak-kanak dan juga kedai buku